Subscribe:

Selamat Datang Ke Kampung Kilim

 
  •  Asal Usul Kampung
    • Mengikut cerita orang dahulu, asal usul nama kampung ini diambil sempena dengan sejenis pokok yang dikenali oleh penduduk sekitar sebagai Pokok Jambu Keling. Difahamkan bahawa terdapat sekumpulan penduduk awal yang mula meneroka kawasan kampung ini telah berhenti rehat di sepohon pokok tersebut. Kebanyakan penduduk yang meneroka kawasan  ini terdiri daripada keturunan Thai dan bertutur dalan bahasa Thai, dan yang digunakan oleh generasi ini bercampur dengan pelat Thailand maka sebutan Pokok Jambu Keling tersebut telah disebut sebagai Pokok Jambu Kilim. Ekoran daripada itu, setelah kawasan ini mempunyai penempatan, ianya lebih di kenali sebagai Kampung Kilim. Peristiwa ini berlaku sekitar 150 tahun yang lalu. Kebanyakkan kegiatan utama penduduk dikampung ini adalah sebagai nelayan. Selain itu, penduduk di kampung ini juga menjalankan aktiviti bercucuk tanam.
  • Nama Kampung Induk
    • Kampung Kilim  
  •  Mukim
    • Ayer Hangat
  • Kampung Rangkaian
    • Kampung Lubuk Mata Kucing
    • Kampung Lunggok
    • Kampung Batu Gajah
Peta Lokasi 
     Pelan Susur Atur Kampung
      • Info Penduduk 
        •  Jumlah Penduduk : 1,175 orang penduduk
          • Lelaki : 570 orang
          • Perempuan : 605 orang
        • Pecahan Mengikut Umur
          • Umur 45 Tahun Ke Atas : 352 orang
            • Lelaki : 120 orang
            • Perempuan : 232 orang
          •  Umur 17 Tahun - 44 Tahun : 528 orang
            • Lelaki : 270 orang
            • Perempuan : 258 orang
          •  Umur 12 Tahun - 16 Tahun : 176 orang
            • Lelaki : 78 orang
            • Perempuan : 98 orang
          • Umur 11 Tahun Ke Bawah : 119 orang
            • Lelaki : 49 orang
            • Perempuan : 70 orang
               
      •  Pekerjaan Penduduk
        • Petani / Nelayan : 157 orang
        • Peniaga : 35 orang
        • Kakitangan Kerajaan : 12 orang
        • Kakitangan Swasta : 496 orang
        • Tidak Bekerja : 42 orang 
      •  Kemudahan Asas
        • Masjid : 1 buah
        • Surau : 1 buah
        • Sekolah Rendah : 1 buah
        • Perpustakaan Desa : 1 buah
        • Dewan Orang Ramai : 1 buah
        • Telefon Awam : 6 buah
      •  Projek Dalam Kampung
        • Pelancongan
        • Ternakan Ikan Dalam Sangkar (Berkelompok)
        • Ternakan Lembu
        • Ternakan Kambing
        • Tanaman Buah Naga
      • Keistimewaan Kampung Kilim 
        • Sungai Kilim adalah salah satu tempat pelancongan yang menarik di Langkawi. Memandangkan Kampung Kilim mempunyai sumber keindahan semulajadi dan bentuk muka bumi yang menarik, ini memberi kelebihan kepada pihak JKKKp mengusahakan aktiviti pelancongan. KEN Kilim menjadi satu kumpulan utama yang menguruskan aktiviti pelancongan seperti lawatan ke hutan paya bakau menyusuri hutan paya bakau Sungai Kilim, gua-gua, sangkar ikan dan menyaksikan habitat burung helang yang cukup sinonim dengan Pulau Langkawi. Di samping menyaksikan flora dan fauna, para pelancong berpeluang melihat dari dekat keunikan geologi, iaitu formasi batuan yang berusia jutaan tahun dan fosil-fosil yang terbentuk.Selepas pengistiharan Langkawi sebagai Langkawi Geopark dengan nama Kilim Geoforest Park.Dengan pengistiharan ini kemasukan pelancong ke Sungai Kilim kian bertambah dan menjadi semakin popular diseluruh dunia.  
      • Kejayaan Kampung Kilim
        • JOHAN ZON UTARA PERTANDINGAN ILHAM DESA PERINGKAT ZON TAHUN 2008 SEMPENA  KONVESYEN GERAKAN DAYA WAWASAN
        • LANGKAWI GEOPARK TOURISM AWARD 2008-PELANCONGAN
          • Outstanding Bot Operators Category- KEN Kilim
          • Outstanding Eco Attraction Product Category-Kilim Geoforet Park
        •  PROJEK PELAN TINDAKAN DESA ( PTD ) 2009 – KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH